Saturday, 15 October 2011

KARANGAN PERBINCANGAN

BAIK BURUKNYA TINGGAL DI ASRAMA
   Asrama ialah bangunan tempat tinggal para pelajar sekolah atau universitiatau institusi pendidikan yang lain. Ada sekolah berasrama penuh iaitu kesemua pelajar tinggal di asrama. Ada juga sekolah harian yang berasrama, yakni asrama dikhaskan kepada pelajar yag tinggal jauh dari sekolah.
   Rata-rata ibu bapa amat berminat menghantar anak mereka ke sekolah berasrama penuh kalau terpilih dan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Pelajar-pelajar juga suka tinggal di asrama.
   Baiknya tinggal di asrama itu memang banyak. Yang pertama segala-galanya menurut peraturan dan undang-undang yang ketat. Pagi-pagi lagi sudah bangun dan solat Subuh berjemaah. Sarapan, makan tengah hari dan malam ada waktunya. Ada masa untuk belajar dan ada masa untuk bermain. Ini menjadikan pelajar berdisiplin dan menghargainya.
   Pelajaran tidak terganggu kerana ada sesetengah pelajar sekolah harian yang terpaksa membantu keluarga setelah pulang. Banyak masa terbuang begitu sahaja dalam perjalanan berulang-alik antara sekolah dengan rumah. Gangguan seperti ini tidak berlaku kalau tinggal di asrama.
   Interaksi sesama rakan berlaku sepanjang masa, baik di kelas mahupun asrama. Dengan perbincangan dalam kumpulan bili-bila sahaja dapat diatur demi kepentingan bersama. Pelajar dapat bertukar-tukar fikiran apabila berbincang dalam kumpulan.
   Keburukan tinggal di asrama juga ada. Interaksi dan kemesraan antara ibu bapa dengan anak-anak mula renggang kerana tinggal berjauhan. Lama-kelamaan, murid akan melebihkan kawan daripada keluarga sendiri. Misalnya, pada waktu cuti panjang, mereka tidak pulang ke rumah.
   Asrama juga menyebabkan pelajar mementingkan diri sendiri. Pelajar seperti ini terlalu menumpukan perhatian pada pelajaran, sehingga tidak mempedulikan rakan-rakan. Asrama juga menyaksikan pelajar nakal yang suka membuli pelajar lain sehingga berlaku pergaduhan.
   Tinggal di asrama ada baik dan buruknya. Terpulanglah kepada pelajar untuk membuat pertimbangan bijak memilih yang baik daripad yang buruk. Pelajaran ditatang tapi jangan sampai melupai ibu bapa sendiri. 

PEMAJMUKAN

MAKNANYA
  • kata majmuk dapat dibahagikan kepada dua jenis seperti yang berikut: 
          = kata majmuk wajar
          = kata majmuk kiasan
  • kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanyadapat diketahui daripada makna kata-kata yang menjadi komponennya. Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah yang bernama anggur.
  • kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna yang ada pada kata-kata yang menjadi komponennya. Misalnya, buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya tidak kena-mengena dengan buah ataupun hati. Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati.
TUGASNYA
  • kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut:
          = menetapkan kelas kata dasar. Contohnya :
              a] air (kata nama) + mata (kata nama)  ~air mata (kata nama)
          = mengubah kelas kata dasar. Contohnya :
              a] apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan tanya)  ~apabila (kata hubung)                                                       

PENGGANDAAN

PENGGANDAAN terbahagi kepada 4 iaitu:

KATA GANDA SELURUH
  *kata nama
  *kata adjektif
  *kata kerja
  *kata keterangan

KATA GANDA SEPARA
  *kata nama

KATA GANDA BERSAJAK
  *kata nama
  *kata adjektif

KATA GANDA BERIMBUHAN
  *kata nama
  *kata adjektif
  *kata kerja
  *kata keterangan