Tuesday, 17 May 2011

kes ragut lagi…

Kejadian ragut zaman sekarang semakin menjadi jadi. Kita mestilah perihatin dan sentiasa berwaspada dengan kejadian seperti ini. Mangsa kejadian ragut ini tidak mengira umur budak, dewasa hatta sekali nenek budak. Pada masa yang sama tempat kes ini berlaku hampir meliputi segenap ruang di Malaysia. Dahulu boleh kita katakan kes ragut berlaku di kawasan bandar terutamanya Kuala Lumpur, tetapi pada masa sekarang kejadian ini juga berlaku di kampung dan pekan terpencil.
Hal ini berlaku berlandaskan sebab yang tertentu. Antaranya
-          Kurangnya kesedaran dalam kalangan Masyarakat.
-          Tidak tahu cara melindungi diri daripada kejadian ini.
-          Sikap yang tidak berwaspada semasa berada diluar rumah.

Saya rasakan kejadian ragut yang tidak terkawal ini, ibaratkan berada di sebuah perkampungan lanun. Teringat pula saya tentang kejadian perlanunan di Somalia. Habis kapal yang lalu dirembat mereka.
Secara keseluruhannya mari kita sama berwaspada bila anda berada diluar rumah. Kalau anda belum menjadi rakan cop, cepat – cepatlah daftar untuk sama – sama kita membendung kejadian ini.

Penanda wacana

Penanda wacana boleh digunakan pada perenggan :
1- pendahuluan   2- Isi    3- penutup  4- lain-lain
…………………………………………………..
1. Pendahuluan
-Dewasa ini -Kebelakangan ini – Mutahir ini..
2. Isi
- Di samping itu
- Sehubungan dengan itu
- Walau bagaimanapun
3. Penutup
- Kesimpulannya
-  Akhirnya
- Konklusinya
4. Lain – lain
- Justeru
-Namun begitu
Lantaran itu

tip membina ayat (Bahagian A kertas 2)

Terdapat 3 langkah yang mudah :
1.Baca tajuk yang telah diberikan untuk mencari perkara utama supaya jawapan tidak terpesong daripada kehendak soalan.
2.KT
-Kata Tanya = Apa , Di mana, Mengapa , Bila, Bagaimana
3. BAT
-Bina Ayat Tanya = supaya senang kita membina ayat.
-Conth : Apakah mereka lakukan ?
———————————————————————————–
Oleh itu, hasil 3 langkah yang digabungkan maka wujudlah : SPD

S- siapa yang melakukan
P-Perbuatan yang dilakukan (kata kerja)
D-Di mana (kata tanya)

Ucapan Sempena Majlis Perpisahan Seorang Rakan

Yang dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, para guru, serta rakan
sekalian. Terlebih dahulu saga mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang berucap daiam majlis ini.
Kita sedia maklum, majlis ini diadakan khusus bagi mengiringi perpisahan seorang
rakan gang amat disanjungi. Beliau ialah saudara Farid Bin Othman Bari kelas Enam Rajin.
Hadirin yang dikasihi,
Sebenarnya, perpisahan ini kerana beliau terpaksa mengikut keluarganga berpindah. Saya difahamkan, bapa beliau telah dinaikkan pangkat sebagai pengarah syarikat swasta di sana. Tahniah, kami ucapkan!
Saudara Farid akan berpindah ke Pahang. Beliau akan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Teruntum, di tengah-tengah pusat bandar Kuantan. Sekolah ini kira-kira dua kilometer sahaja dari penginapan mereka di Taman Mega.
Hadirin yang dimuliakan,
Beliau akan bertukar mulai I Julai hadapan. Hal ini, bermakna kita hanya ada seminggu lagi bersama beliau. Justeru, gunakanlah kesempatan ini sebaik mungkin untuk bermaaf-maafan.
Bagi kami, perpisahan ini bererti kami akan kehilangan seorang rakan yang sangat aktif dan sering mengharumkon nama sekolah. Apatah lagi, beliau amat disenangi semua pihak lantaran memiliki pekerti yang terpuji.
Sempena majlis ini, saya mewakili semua rakan memohon ribuan maaf terhadap sebarang kesilapan kami selama ini. Kami juga mendoakan agar saudara Farid berbahagia bersama rakan baharu di sana.
Sekian, ucapan says. Terima kasih.

Sunday, 15 May 2011

Amalan berjimat cermat dan menabung.

Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.

............Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan rakyat Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanmkan sikap rajin menabung. Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna. Pengenalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu menyediakan payung sebelum hujan.

............Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank Simpanan Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih gemilang.

............Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham amanah. Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap tahun. Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang bahagia mempunyai masa depan yang terjamin.

...........Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan. Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu. Ketika berbelanja, penggunaan kad kredit juga patut dielakkan kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami masalah kewangan. Justeru, mayarakat wajar berpegang pada peribahasa
berjimat sebelum terlambat, beringat sebelum terkena.
............Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini. Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur.

PANDUAN PENULISAN KARANGAN

Format
Pendahuluan

Memperlihatkan kematangan
Markah berdasarkan skema yang dinyatakan.(akan dibincangkan)
Isi

Isi yang baik dan tidak berputar-belit
Tekankan cara penyampaian isi atau tajuk teknik anda memperkenalkan (mengemukakan) isi anda.
Huraian berserta contoh yang konkrit
Semakin bertambah panjang anda semakin mantap penyampaian. (mengelakkan markah berkurangan)
Gunakan bahasa mantap
Elakkan menggunakan kata pinjaman seandainya perkataan asli wujud
Mantapkan ayat dengan berbendaharaan kata yang dapat menunjukkan kekuatan bahasa.
Penutup.
Menggambarkan pendirian dan juga keseluruhan karangan yang dihasilkan. Lahirkan juga kenyataan yang bernas yang dapat menunjukkan kita adalah kreatif dan kritis

Contoh Karangan Pendapat : Isu Dadah

Apabila anda merdengar ungkapan “Enam Jahanam”, apakah yang mungkin anda fikirkan ? Adakah itu judul sebuah filem klasik P. Ramlee atau nama kumpulan penjenayah yang diburu oleh pihak polis ? Rupa-rupanya, ungkapan itu merujuk kepada enam jenis dadah yang harus diberi perhatian serius kerana penyalahgunaannya yang meluas – heroin, kokain, ecstasy, kanabis, syabu dan morfin. Sewaktu melancarkan “Karnival Enam Jahanam”, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa isu dadah di negara kita  berada pada tahap yang berbahaya. Oleh itu, kerajaan mengisytiharkan dadah harus diperangi hingga ke akar umbi kerana dadah merupakan musuh nombor satu negara.Apakah sebenarnya dadah ? Dadah yang fungsi asalnya ialah bahan perubatan merupakan bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat seperti menyebabkan keadaan khayal, ketagihan dan gangguan tingkahlaku. Penyalahgunaanya yang berterusan mendatangkan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.  
Pada akhir tahun 1960-an, negara  kita   mulai  mengalami  masalah  dadah   Golongan remaja  dipengaruhi oleh kebudayaan ‘hippie’ dan askar-askar Amerika  yang  melancong ke Pulau Pinang. Sebagai kesan daripada kedua pengaruh tersebut, penagihan dadah telah merebak ke seluruh negara. Golongan  muda  yang  terlibat  dalam  penagihan  dadah merupakan  pemuda- pemudi  harapan  bangsa  dan  negara   dan  terjerumusnya  mereka  dalam alam khayalan ini mengakibatkan  mereka bukan sahaja tidak berguna kepada  masyarakat  bahkan diri  mereka sendiri. Memandangkan  hakikat inilah,  kerajaan  telah  mengambil  sikap tegas terhadap pengedaran  dadah,  dan  mengambil  langkah-langkah yang perlu untuk melindungi rakyat termasuklah undang-undang yang  amat  ketat. Tetapi, pengedaran dadah nampaknya tidak boleh diselesaikan dengan hanya peruntukan undang-undang seperti Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985) walaupun mereka yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.  Oleh itu, kerajaan telah  melancarkan  kempen  antidadah  di  seluruh  negara  secara  meluas.  Namun demikian,  tanggungjawab untuk memerangi dadah seharusnya  kita  pikul  bersama.
Tindakan   pencegahan   dadah   yang   berkesan memerlukan  penglibatan semua golongan masyarakat. Pada zaman moden ini, golngan muda lebih  bebas,  terdedah  kepada pengaruh asing dan mereka  lebih mengutamakan pandangan rakan sebaya. Dengan ini, mereka mudah terlibat dengan kegiatan yang  tidak  sihat. Untuk  disanjung  oleh  kawan, mereka menunjukkan keberanian dengan  menghisap  rokok  dan  dadah. Sekali  mereka   bermula,   maka   amat  sukar  bagi  mereka memberhentikan amalan buruk ini.   Masyarakat harus dididik  sejak kecil lagi bahawa dadah itu najis, benda yang kotor dan tidak boleh disentuh.  Sekiranya kita berjaya menyemai nilai ini dalam  hati  sanubari  mereka, sebahagian daripada kejayaan pencegahan dadah akan tercapai. Kita  harus sedar bahawa tindakan kita ke arah matlamat mencegah penyalahgunaan dadah ini adalah untuk menyelamatkan bukan sahaja keluarga kita sendiri bahkan generasi muda untuk  mewujudkan  satu bangsa yang bermaruah dan dihormati.
Sebahagian  besar penagih-penagih dadah  di  negara  kita  terdiri  daripada golongan remaja antara 15-29 tahun.  Antara  sebab-sebab utama  mereka  ini menjadi penagih ialah kerana keseronokan, sikap ingin tahu, pengaruh  persekitaran  terutamanya pengaruh rakan sebaya, tekanan emosi disebabkan oleh sama ada kegagalan, tidak mendapat kasih sayang  ibu  bapa atau kerana kemewahan. Hal ini menunjukkan, sekolah boleh memainkan peranan penting dalam membasmi bencana dadah. Pada tahun 2005 ini, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melancarkan program pencegahan penagihan dadah besar-besaran tahun ini dengan sasaran utama terhadap golongan belia terutama pelajar sekolah. Program pencegahan merupakan usaha terbaik bagi mengelak pertambahan jumlah penagih baru di negara ini. Menurut laporan agensi itu, sehingga Oktober tahun 2004, daripada sejumlah 30,659 penagih dadah, sebanyak 15,292 orang adalah penagih baru manakala sebanyak 15,667 adalah penagih berulang. Data ini jelas menunjukkan kita perlu bersungguh-sungguh dengan program pencegahan kerana program pemulihan dan rawatan sukar menghalang penagih-penagih ini mengulangi kegiatan mereka.
Kajian oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan kegiatan penagihan dadah lazimnya bermula dengan tabiat menghisap rokok. Ini kerana tabiat ketagihan dihasilkan oleh unsur nikotin dalam rokok. Apabila merasakan rokok tidak memberi kepuasan, mereka beralih kepada ganja dan sekiranya ganja juga tidak memberi keseronokan, mereka akan beralih kepada heroin dan morfin. Jelasnya, pencegahan tabiat merokok juga penting dalam memerangi najis dadah kerana implikasinya terhadap dorongan untuk mendapatkan dadah.    
Masyarakat harus sama-sama menyedari akan kesan pengambilan dadah. Dengan berfikiran rasional,  mereka tentu tidak sanggup menerima risikonya yang menakutkan. Antara kesan-kesannya ialah mendapat penyakit meningitis, penyakit jangkitan jantung, AIDS, Hepatitis B, C, dan D, kerosakan buah pinggang, otot-otot badan mengecut dan berkemungkinan lumpuh. Kesan fizikal pula ialah apabila sekiranya bekalan dadah tidak diperoleh mereka akan berasa keluh-kesah, gian, dan amat menderita. Jelasnya mereka akan berperang dengan kematian kerana terdedah dengan penyakit terutamanya penyakit AIDS yang amat digeruni.  
Kesimpulannya, kita harus bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk memerangi dadah. Najis dadah akan kita kuburkan dan wujudlah suasana dadah sifar. Marilah kita sama-sama menghapuskan najis dadah yang “menjahanamkan” masyarakat daripada terus hadir di Malaysia.  Kita tiada pilihan melainkan hanya satu slogan di hati dan di minda pada setiap masa iaitu “Perangi Dadah Habis-Habisan”.

Friday, 13 May 2011

Langkah Untuk Menggalakkan Orang Ramai Menaiki Pengangkutan Awam di Negara Kita.

Zaman beralih, musim bertukar”, selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun yang telah lama menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak sekali. Untuk menyesuaikan diri di mata dunia dan memenuhi kehendak rakyat, Malaysia telah mengalami pelbagai anjakan paradigma. Kerajaan telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan awam berjalan lancar. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), Kereta api, komuter dan monorel. Jikalau bukan kita sebagai warganegara Malaysia yang menyokong pengangkutan awam, siapakah lagi yang mesti menyokongnya? Lantaran itu, langkah-langkah yang proaktif dan drastik hendaklah diimplementasi untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.
.
..........
Menurut satu kajian yang dibuat dalam kalangan rakyat, banyak pihak mengatakan bahawa kepelbagaian sistem tiket untuk menggunakan rangkaian perkhidmatan awam yang berlainan telah mengurangkan minat mereka untuk bergerak dari tempat asal ke destinasi lain dengan penukaran rangkaian perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan haruslah melaksanakan sistem tiket bersepadu dengan harga yang mampu dibeli oleh orang ramai khususnya mereka yang berpendapatan rendah supaya dapat menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Kerajaan haruslah menubuhkan sebuah Lembaga Pengangkutan Awam (PTA) untuk menguruskan pengangkutan awam di negara kita. Pertubuhan tersebut dapat mempercepat proses perlaksanaan sistem tiket bersepadu yang masih dalam peringkat kajian. Selain itu, kerajaan juga harus mengambil contoh pelaksanaannya di negara barat seperti di Melbourne, Australia. Di Melborune penumpang hanya perlu membeli satu tiket pada kos yang rendah untuk menaiki kereta api atau menaiki bas. Hal ini bertepatan dengan peribahasa “serampang dua mata”. Pendekataan ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang golongan yang kurang berupaya tetapi juga dapat memudahkan rakyat untuk mengatur pejalanan laluan harian mereka. Jadi jikalau sistem tiket bersepadu ini dapat direalisasikan, jumlah penumpang pastilah dapat mencapai sasaran yang telah diramalkan oleh pengendali pengangkutan awam.
.
..........
Langkah seterusnya yang dapat menarik perhatian rakyat untuk menaiki pengangkutan awam ialah meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam. Bilangan kereta api atau bas awam haruslah dipertingkatkan jumlahnya bagi memenuhi kehendak rakyat serta mengatasi masalah kekurangan pengangkutan awam di sesetengah kawasan yang menjadi rungutan orang ramai. Selain itu, KTM (Kereta Api Tanah Melayu) haruslah mencontohi perkhidmatan kereta api di negara Jepun yang telah menggunakan kuasa elektrik seprti shinkansen (bullet train) sehingga mencapai kelajuan melebihi 200 kilometer sejam. Dengan menggunakan lokomotif berkuasa elektrik, kekerapan KTM di negara kita pasti dapat ditingkatkan. Kekerapan pengangkutan awam adalah salah satu unsur untuk menarik perhatian penumpang terutamanya mereka yang memandu kereta atau menunggang motosikal. Dengan kekerapan perjalanan pengangkutan awam yang tinggi, penumpang tidak akan membazirkan masa untuk menunggu ketibaan pengangkutan awam tersebut. Hal ini dapat mengurangkan masa perjalanan orang ramai secara keseluruhannya. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, kelemahan perkhidmatan dan kelewatan jadual perjalanan pengangkutan awam akan merumitkan kehidupan masyarakat dan menyebabkan mereka kurang berkeyakinan terhadap pengakutan awam di negara kita. Lantaran itu, cara ini haruslah dilaksanakan untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat terhadap sistem perkhidmatan pengangkutan awam.
.
..........
Pada masa yang sama, langkah kerajaan menggalakkan pemasangan televisyen di dalam bas ekspres mendapat banyak komen yang baik daripada orang ramai. Hal ini kerana langkah ini dapat menghiburkan rakyat dalam perjalanan mereka. Para penumpang berpeluang untuk menonton pelbagai siaran televisyen ketika berada dalam perjalanan mereka dan menjadikan perjalanan lebih menarik. Perkara ini haruslah diperluaskan dalam pengangkutan awam yang lain seperti Komuter dan LRT untuk menarik lebih banyak penumpang menaiki pengangkutan awam. Selain menghiburkan para penumpang ketika dalam perjalanan, siaran televisyen juga mampu menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dengan menyiarkan rancangan cinta akan negara, rancangan yang mengimbas kembali detik-detik bersejarah di negara kita dan sebagainya. Kemudahan seperti alat pendingin udara juga perlu dipertingkatkan bagi menjadikan penumpang berasa lebih selesa apabila menaiki pengangkutan tersebut. Kemudahan-kemudahan sampingan seperti ini pasti akan dapat meningkatkan bilangan penumpang pengangkutan awam kerana orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti dengan banyaran yang minimum. Manisfestasinya, langkah memasang televisyen memang dapat menarik perhatian para penumpang untuk menaiki pengangkutan awam.
...........Bagi mengatasi masalah pekerja pengangkutan awam yang kurang berdisiplin, sistem perakam perlu dipasang di semua kenderaan awam di negara kita. Pemasangan alat perakam ini dapat merakamkan bukan sahaja perkara yang berlaku di sepanjang perjalanan malah dapat merakamkan kelajuan pengangkutan awam tersebut. Hal ini akan dapat mengurangkan masalah kenderaan awam seperti bas yang dipandu terlalu laju sehingga melebihi had yang dibenarkan. Pada masa yang sama, pemasangan alat ini dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya bas yang sering diperkatakan oleh orang ramai. Kerajaan juga perlu lebih kerap mengadakan pemeriksaan bagi memastikan pemandu pengangkutan benar-benar mereka yang berkelayakan atau bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah. Tindakan kerajaan menyenaraihitamkan pemandu yang kurang berdisiplin akan dapat mengatasi masalah pekerja pengangkutan awam yang tidak bersopan sekali gus melenyapkan pekerja yang tidak berkualiti. Pemeriksaan oleh pihak berwajib seperti Jabatan Pengangkutan Jalan atau pihak polis juga perlu menyeluruh bukan sahaja kepada kakitangan pengangkutan awam tetapi perlu juga melihat pada keadaan dan keselamatan pengangkutan awam yang digunakan bagi memastikan keselamatan pengguna pengangkutan tersebut terjamin. Dengan cara itu, keyakinan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam di negara kita akan meningkat.
.
..........
Pihak pengurusan atau pengendali pengangkutan awam juga perlulah lebih peka untuk menyediakan kemudahan hiliran bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan ini. Di kawasan stesen komuter atau LRT umpamanya, tempat meletakkan kenderaan perlu ditambah bagi mengelakkan orang ramai meletak kenderaan mereka di tepi-tepi jalan atau di tempat lain yang tidak sesuai. Hal ini sentiasa menjadi rungutan orang ramai kerana bukan sahaja boleh mengakibatkan kesesakan malah pada masa yang sama turut menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya. Begitu juga halnya dengan pengangkutan tambahan atau “bas fider” yang dikatakan menjadi masalah kepada pengguna komuter dan LRT. Kekurangan pengangkutan bas tambahan ini telah menyukarkan pengguna pengangkutan tersebut jika kawasan stesen tersebut jauh dari pejabat. Justeru adalah penting sekiranya bas-bas tambahan ditambah bilangannya bagi memudahkan dan mempercepat perjalanan seseorang dari rumah ke destinasi yang dituju. Jarak atau lokasi pengangkutan awam seperti komuter dan LRT juga perlu ditambah dari semasa ke semasa agar lingkungan pengguna yang dapat menaiki kemudahan awam tersebut turut meningkat. Biarpun langkah ini memerlukan biaya yang agak tinggi namun kesannya pada sistem perhubungan di negara kita adalah amat besar. Oleh itu langkah-langkah menyediakan kemudahan tambahan bagi meningkatkan kualiti pengangkutan awam tersebut perlu dilaksanakan agar pengangkutan awam di negara kita tidak dianggap “indah khabar dari rupa”.
.
..........
Seperti kata peribahasa Melayu yang berbunyi “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, pendidikan sejak kecil juga merupakan salah satu langkah untuk menggalakkan rakyat tempatan menaiki pengangkutan awam. Pihak sekolah dicadangkan supaya memberi penerangan tentang kebaikan-kebaikan menggunakan perkhidmatan awam dan keselamatan menggunakan pengangkutan awam supaya dapat menanam konsep yang mendalam kepada fikiran pelajar agar menaiki perkhidmatan awam. Usaha ini bukan sahaja perlu ditumpukan kepada para pelajar, tetapi harus juga diperluas kepada mereka yang dewasa untuk mengubah imej dalam hati mereka apabila menaiki pengangkutan awam. Melalui pendidikan, kita dapat melahirkan golongan yang bergantung pada perkhidmatan awam seperti kereta api dan bas sebagai pengangkutan utama mereka.Hal ini dapat meningkatkan bilangan penumpang untuk menaiki pengangkutan awam. Walaupun mereka memiliki kendera sendiri, tetapi mereka tetap akan menggunakan perkhidmatan awam sebagai pengangkutan utama mereka jika konsep kebaikan menggunakan pengangkutan awam tertanam dalam jiwa mereka.
.
..........Kesimpulannya, pengangkutan awam banyak membawa kemaslahatan kepada masyarakat di negara kita seperti dapat mengurangkan kesesakan dan kemalangan, mengurangkan pencemaran udara, menjimatkankan masa malah mengurangkan kos kehidupan kita sehari-hari. Oleh itu, sebagai pengguna jalan raya yang bijak, kita perlulah menyahut seruan kerajaan agar menggunakan pengangkutan awam sebagai kaedah untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Kita juga berharap agar dengan langkah-langkah yang telah dan sedang dilaksanakan ini maka pengangkutan awam di negara kita akan menjadi lebih maju setanding dengan pengangkutan awam di negara-negara lain seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Australia.


Exam preparation

Here are five concrete things you can do at any time to prepare for exams:
  

  
Get hold of appropriate textbooks early and familiarise yourself with them. Try to do some preliminary reading.
  

  

  • Make contact with other students - they may wish to form useful study groups later on.




  • .Make sure you're acquainted with the course program, lectures, tutorials, lab sessions - what is or has been covered, and when?




  • Think where your subjects fit in to your overall course and career objectives. Maybe more work on that subject you find boring now will pay off much later on.




  • Work through past papers. You can access past exam papers from the Past exams database Opens in a new window on the Monash library website. Some unit coordinators also include past papers in the MUSO sites for their units. If working through a whole paper seems a bit too daunting, it's a good idea to select some questions. Sit down to them, turning off the stereo and your mobile, and take the landline telephone off the hook. Time yourself and see how much you can accomplish within the allotted time. You might want to select questions that you have not covered during the semester, answer these, and give them to your lecturer. At the very least this will let the lecturer know you are interested in the subject - and it will give you good practice.



  •   

       

    Tuesday, 10 May 2011

    MUTIARA KATA

    1.Agama dijunjung,tamadun dipimpin.
    2.Jangan alah sabung menang sorak.
    3.Ayam menang kampung tergadai.
    4.Jangan musafir masuk,rumah ditinggal.
    5.Racun yang paling bisa ialah sifat malas.
    6.Kejayaan tidak boleh diukur dengan kedudukan
      yang dicapai seseorang,tetapi melalui
      halangan-halangan yang ditempuh semasa mendaki
      kejayaan. 

    Sunday, 8 May 2011

    KEPENTINGAN KENDERAAN

    Setiap hari kita dapat melihat pelbagai jenis kenderaan. Ada kenderaan yang bergerak di air. Ada pula yang dapat bergerak di udara dan ada yang bergerak di darat. Kenderaan ini digerakkan oleh enjin yang direka khas. Kenderaan amat penting dalam kehidupan manusia.

              Sejak zaman dulu lagi manusia menggunakan kenderaan untuk tujuan pengangkutan . Ini termasuklah mengangkut barang-barang dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kenderaan yang digunakan bagi tujuan pengangkutan ini termasuklah kenderaan darat seperti lori, van, keretapi, motosikal dan kereta. Kapal laut, feri perahu dan sebagainya adalah contoh pengangkutan air. Kapal terbang dan helikopter pula adalah pengangkutan jenis udara.

              Kenderaan membolehkan kita pergi ke mana-mana destinasi yang kita sukai. Kita tidak perlu memikirkan cara mana untuk sampai ke satu-satu tempat. Kenderaan yang ada membolehkan ianya membawa penumpang. Contohnya, dengan hanya membayar sejumlah wang yang tertentu, kita boleh pergi ke mana-mana destinasi yang ingin ditujui.

              Perniagaan pada hari ini amat memerlukan kenderaan. Syarikat-syarikat perniagaan amat bergantung sepenuhnya kepada kenderaan untuk memasarkan barangan keluaran mereka. Dengan adanya kenderaan ini hasil-hasil pertanian dan barang-barang perindustrian dapat diproses. Oleh itu, kegiatan ekonomi akan berjalan dengan lancar dan kesannya wujudlah pembangunan.

              Untuk sampai ke satu-satu tempat yang jauh memerlukan jarak masa yang sangat lama. Dengan menaiki kenderaan, masa yang panjang dapat dikurangkan. Contohnya apabila kita menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Masa yang diambil untuk sampai ke sana hanyalah empat puluh lima minit. Ini amat menjimatkan masa serta tenaga.

              Jadi jelaslah bahawa kenderaan adalah agen pengangkutan yang amat penting. Dengan adanya kenderaan semua kerja dapat dilakukan dengan mudah, cepat tepat dan cepat.

    SYARAHAN : FAEDAH MEMBACA

    Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, guru-guru, rakan-rakan dan hadirin sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

    Tajuk syarahan saya ialah ‘ Kepentingan Membaca’. Membaca adalah satu amalan yang mulia. Membaca boleh memberi manfaat kepada kita semua. Melalui pembacaan, kita dapat mengetahui pelbagai perkara. Contohnya melalui surat khabar. Akhbar merupakan sumber maklumat dan menyiarkan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia.

    Saudara dan saudari sekalian,

    Selain mendapat maklumat, membaca juga boleh mengisi masa lapang kita. Jika kita menjadikan sifat membaca sebagai amalan, sudah tentu masa kita tidak terbuang begitu sahaja. Jadi, kita boleh mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti bermain-main dan merayau-rayau di kedai-kedai dan sebagainya.
              
    Di samping itu, membaca boleh membaiki penguasaan bahasa kita. Melaluinya kita boleh menambah perbendaharaan kata.
              
    Oleh itu, kita mestilah menjadikan tabiat suka membaca sebagai amalan hidup. Manusia yang suka membaca adalah manusia yang mempunyai banyak ilmu.
              
    Sekian , saya sudahi syarahan saya dengan ucapan terima kasih.
    Kamu telah menyertai pertandingan syarahan sempena Kempen Hijau yang telah diadakan di sekolah kamu. Tajuk syarahan kamu ialah Menjaga Alam Sekitar. Tuliskan syarahan kamu itu.
              
    Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang bijaksana , guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya ialah ‘Menjaga Alam Sekitar’.
    Hadirin hadirat sekalian,
              
    Alam sekitar adalah suasana yang wujud di sekeliling kita. Ini termasuk bumi yang kita pijak dan udara yang kita sedut. Semakin hari alam sekitar kita semakin tercemar.
              
    Antara faktor-faktor pencemaran ialah pengeluaran asap-asap kotor daripada kenderaan dan kilang-kilang, sampah sarap yang sukar dihapuskan seperti longgokkan besi buruk , sungai yang dipenuhi sampah dan bangkai binatang.
    Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
              
    Ini jelas membuktikan bahawa hidupan kita adalah terdedah kepada bahaya pencemaran alam sekitar. Oleh itu, kita hendaklah menjaga alam sekitar dengan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh mencemarkannya. Sebagai pengguna, kita hendaklah sama-sama mendisiplinkan diri dan menjaga kebersihan alam sekitar.
              
    Sebagai mengakhiri syarahan ini, saya ingin tegaskan bahawa langkah serius perlu diambil dengan segera dalam usaha menjaga alam sekitar kita. Setiap individu perlu mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dalam hal ini. Alam sekitar yang bersih menjamin kesihatan kita.
              
              Sekian, terima kasih

    QUANTITIES MATHEMATICAL EQUATION

    Equations
    The equation is a statement which is used to make two values or expressions equal. These are used to find out the relation between two variables or values. This is used to translate a word problem into mathematical problem.

    Properties:
    If the equation is perfect algebraic equation then we should follow the above properties to produce perfect equation:
    1) Any quantity can be added or subtracted to both sides.
    2) Any quantity or function can be multiplied or applied to both sides.
    3) Any nonzero quantity can divide both sides.

    Different form of an equation:
    There are many forms of equations based on their functionality; they can be expressed in the form of :
       Quadratic equation
       Polynomial equation
       Linear equation
       Cubic equation etc.

    Quadratic equation:
    It is generally represented in the form of.
                ax2+bx+c=0
    a,b,c are constants and x is a variable.
     In quadratic equation maximum power should be 2.

    Polynomial equation:
    It is generally represented in the form of
     ax5+bx4+cx3+dx2+ex+f =0
    a,b,c,d,e,f are constants and x is a variable.
    There can be any finite variables in a polynomial equation.

    Linear equation:
    Linear equation is an equation which has a variable and a constant. It is generally represented as.
     x+y+c=0 x,y are variables and c is a constant.

    Cubic equation:
    It is generally represented as
     ax3+bx2+cx+d=0
    a,b,c,d are constants and x is a variable. In cubic equation the maximum power should be 3.

    Perubatan tradisional

    Perubatan tradisional adalah cara perubatan lama yang tidak menggunakan kajian yang saintifik danteknik moden.Perubatan cara tradisional diamalkan dengan penggunaan serapah atau jampi,mentera,akar dan daun-daun kayu,serta ramuan herba.
    Perubatan tradisional diamalkan di seluruh dunia.Di Malaysia,banyak juga terdapat pengamal perubatan tradisional yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum.Pengamal perubatan tradisional bagi kaum Melayu dikenal sebagai bomoh atau dukun.Bagi kaum Cina,pengamal perubatan cara ini dikenal sebagai "singse".Pengamal perubatan tradisional bagi kaum India dikenal sebagai "ayurveda''.
    Perubatan tradisional sudah lama diamalkan di negara kita,khasnya dalam kalangan penduduk di kawasan pedalaman.Masyarakat di pedalaman menggunakan bahan-bahan di sekeliling mereka sebagai ubat.Secara kebetulan pula,bahan-bahan ini didapati mujarab.
    Antara beberapa jenis bahan yang digunakan sebagai ubat termasuklah akar kundur,akar bunga melur dan daun bunga pukul empat.Bahan-bahan ini didapati mujarab untuk menyembuhkan penyakit karang bernanah.Daging kambing gurun pula dapat dijadikan minyak untuk merawatorang yang patah tulang dan sengal-sengal otot.
    Tidak kira apa-apa jenis perubatan itu,tugasnya adalah sama,yakini untuk mengurangkan penderitaan yang dialami oleh pesakitnya.Banyak orang yang yakin akan kemujarabannya.Perubatan tradisional dikatakan dapat menyembuhkan penyakit yang ganjil dan tidak dapat diubati dengan cara perubatan moden.

    QUANTITIES MATHEMATICAL EXPRESSION

    Introduction

    Quantities in the form of mathematical expression
    Mathematical expressions are the combination's of mathematical symbols or numbers or both. Every expression contains important elements called variables. Expression generally does not contain equality sign, if it has an equality sign then it represented as an equation.

    Example:
        x2-2x+5 it is an expression
        y=x2-2x+5 is an equation.

    Defined and undefined forms
    Defined and undefined forms these are very important things to be noted in expressions. They are generally used to give an expression meaningful value. The meaning of any expression depends up on the elements which are present in the expression i.e. symbols, variables, integers etc.

    Example for undefined forms:
    0/1, ∞, -∞, 0/∞, (1)×∞, 00 etc

    Properties
    1) An expression should have a variables, symbols, and numbers.
    2) An expression should not have equality symbol.
    Expressions can be obtained by different mathematical operations such as:
    1) Additions
    2) Subtractions
    3) Multiplication
    4) Division
    5) Factoring etc

    Simplifying expression
    Algebraic expressions contain alphabetic symbols and numbers. When an algebraic expression is simplified, an equivalent expression is found simpler than the original. This usually means that the simplified expression is smaller than the original expression.

    Example:
    Simplify x + y+2x-3y=0
    Given expression, x + y+2x-3y=0
    Add and subtract the like terms:
           X+2x+y-3y=0
           3x-y=0
    Mathematical expressions contain letters called Variable, which play an important role in writing an expression or equation.

    Example:
    The expression is X/Y i.e.
    Where,X and Y are variables of given expression.

    Variables
    Variables are generally used to assign some value; it is a symbol which represents a number. In general n, s, x are used as variables. We generally use these variables in formulas, and while determining unknown values. There other type of variables called free and bond variables; Free variables are generally used variables and where as bond variables are correlated with each other.
    Free variables: n, x, s etc.
    Bond variables: (x+2)2 = x2+4x+4 (or)
                         (x2-4) = (x+2) (x-2)
    Here in the above cases the variable x is related to both the sides.

    Properties:
    1) Any equation can be added, subtracted, or divided to get the variable value.
    2) Variables play an important role in algebra and functions.
    Evaluating an expression with variables
    A mathematical expression contain variable as part of the expression .The variable with expression can be simplified by substituting the variables in expression. It can be evaluated based on number on variables.
    Single variable: X+1=0
    Two variables: X+Y=0


    Solved problems

    1)Jane has bought 5 apples and 6 oranges for 30 Find the cost of apples if each orange is 2 ?


    Solution:Given that, 5(A) +6(O) =$30
    Each apple = $2
    So we get 5(2) + 6(O) = $30
    10 + 6(0) = 30
    6(O) = 30-10
    6(O) = 20
    O = 20/6=3.3
    Therefore each orange is $3.3.
    In the above problem the question was changed into mathematical format using equations.
    2) Find out the roots for the given quadratic expression x2-5x+6.


    Solution:Given that, Quadratic expression is x2-5x+6
    Make it into equation x2-5x+6=0
                               x2-3x-2x+6=0
                              x(x-3)-2(x-3)=0
                              (x-3) (x-2)=0
                       The roots are x= 3,2.
    3)Solve x - 12 + 20 = 37?


    Solution:Given, x-12+20=37
    We need to find x values so “x” term should be independent, Hence we will bring constants to other side.
    x=37+12-20
    x=49-20
    x=29.

    RUNNING MUSIC


    If you feel that you are becoming a couch potato and putting up weight, it is a time to take a serious action so as to avoid any further complication where your excess weight leads to health hazards and other complications. Well, if you are not a gym freak, then make sure you check out some amazing running music that will definitely motivate you in order to speed up your exercise routine and help you keeping fit and staying in fine shape. A good running musichelps you in keeping the tempo with your exercise regime and listening to your favorite music while sweating out on treadmill or jogging in park.

    Running music helps in uplifting the mood and increasing the levels of performance where the style of music along with the beat, rhythm, lyrics and the volume leads to the creating of perfect ambience where one gains psychological and motivational edge. One cannot deny the fact that running has various physical benefits and in order to make this session more delightful, it is much better to have an iPod or a MP3 player that dishes out our favorite numbers and helps us in continuing our jogging and running schedule.

    Running music helps you in keeping undue stress, tensions at bay so as to provide you a relaxing exercise schedule while cutting you off from the unnecessary worries of everyday life so that you can concentrate on your task. This will help you in providing a relaxing and enjoyable workout session that distresses you in a simple way. However, do take care of the music levels if you are listening from an iPod or MP3 player so that it does not hurts your ear drums. A peasant song will definitely help you in enjoying your exercise session. So, if you are looking for a perfect work out session, make sure you do forget to check out the latest and the best running music collection. However, if you an aerobics freak, you can simply play amazing running music in your computer or music system that helps in offering you in a superb workout session where you enjoy every bit of stretching the muscles. Therefore, while getting your exercise kit ready such as running shoes and track suit, do no miss to carry your running music collection that helps you in unwinding yourself while working out to get a fit and fine body.

    PENCEMARAN SUNGAI

    Sejak beberapa tahun, kerajaan telah melancarkan kempen ”Sayangi Sungai ”dalam negara yang merangkumi pelbagai usaha memantau, memulihara, membersih dan mengindahkan keadaan sungai. Walaupun begitu, belakangan ini, isu pencemaran sungai kian serius sehinggakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid melahirkan rasa kecewanya kerana tidak terdapat kesan yang boleh dibanggakan terhadap keadaan banyak sungai kita.


    Masalahnya tidak kelihatan apa-apa tindakan berkesan dilakukan. Mereka yang mendiami sekitaran sungai seperti pengusaha kilang, peniaga gerai makan dan juga penghuni rumah masih menganggap sungai sebagai tempat untuk menyalurkan sampah dan segala macam sisa yang hendak dibuang.
    Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri perlu mengadakan pelbagai acara membabitkan orang ramai dan industri. Sokongan orang ramai dan swasta adalah penting sekiranya kempen menyayangi sungai dikehendaki mendatangkan kesan. Perasaan cintakan sungai yang mengalir melalui kediaman atau bandar mereka diami adalah milik mereka juga perlu dipupuk. Hanya dengan cara begini, baru akan timbul perasaan menyayangi sungai mereka sendiri dan dengan itu mereka juga berusaha memuliharanya daripada dicemari. Apa pun kebanyakan sungai dan kawasan lembahnya terus dilanda pencemaran. Malah tahap pencemaran terhadap beberapa batang sungai semakin teruk hingga ada yang terpaksa dikategorikan sebagai sudah ‘mati’.

    Mengikut perangkaan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perairan dan Saliran, Datuk Keizrul Abdullah, kedudukan sungai dalam negara kita sebenarnya semakin meruncing. Daripada keseluruhan 120 kawasan lembah sungai yang dipantau Jabatan Alam Sekitar (JAS) kedudukan pencemarannya semakin buruk dari tahun ke tahun. Pada tahun 2002, masih ada 63 sungai dikategorikan sebagai bersih, tetapi setahun kemudian hanya tinggal 58 sungai yang masih bersih. Pada 2002, 43 sungai dianggap sudah tercemar manakala setahun kemudian jumlah sungai yang tercemar meningkat kepada 53. Bagaimanapun, jumlah sungai yang mengalami pencemaran teruk tinggal sembilan batang saja pada 2003 berbanding dengan 14 sebelum itu. Tidak diketahui apakah yang menyebabkan lima sungai yang tercemar teruk pada 2002 bertambah baik setahun kemudian.

    Pemantauan yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bahawa kiranya tidak ada rancangan berkesan memelihara kebersihan sungai, kedudukan kebanyakan sungai dalam negara akan terus dilanda pencemaran. Hal ini disebabkan, keseluruhannya rakyat negara ini amat kurang prihatin terhadap tahap kebersihan sungai. Kebanyakan daripada mereka seolah-olah tidak pernah terfikir bahawa merekalah juga yang menyebabkan keadaan kebanyakan sungai kita terus tercemar. Penghuni rumah di tepi sungai baik setinggan atau pun tidak, berterusan menganggap sungai seperti saliran membuang najis dan sampah. Kalau diperhatikan kawasan perumahan, bangunan dan rumah kedai yang didirikan 30 atau 40 tahun lalu semuanya membelakangkan sungai. Ramai ketika itu menjadikan sungai sebagai saliran sampah dan najis. Sehingga kini pun ketika pemaju perumahan misalnya sudah tidak lagi menganggap sungai sebagai saliran sampah dan mula mendirikan rumah menghadap sungai, itupun orang ramai masih tidak dapat mengikis pandangan mereka terhadap sungai.

    Selagi tahap kesedaran terhadap kebersihan sungai tidak dapat diwujudkan, selagi itulah segala usaha untuk memulihkan sungai tidak akan berkesan. Kesedaran demikian ini seharusnya dipupuk daripada bangku sekolah lagi. Perasaan cinta akan sungai dan prihatin terhadap persekitaran alam didedahkan kepada murid di sekolah lagi supaya apabila dewasa kelak mereka akan lebih prihatin terhadap usaha kebersihan alam sekitar. Media juga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pentingnya sungai dipelihara supaya terus bersih.

    Demikian juga walaupun ada pelbagai peraturan dan undang-undang mencegah kotoran dan sisa pengilangan atau ternakan dibuang ke sungai, kegiatan tidak bertanggungjawab ini tetap diteruskan. Pemantauan dan pencegahan oleh Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan perlu ditingkatkan. Lazimnya, apabila pencemaran didedahkan media, barulah mereka bertindak. Bahkan kadangkala pesalah hanya dikenakan kompaun yang tidak seberapa sehingga tidak wujud perasaan takut menghadapi tindakan. Walaupun ada peruntukan membolehkan kilang yang secara berterusan membuang sisa dan sisa toksik ditutup, apakah tindakan drastik demikian ini pernah diambil? Sebenarnya kalau ada kemahuan, sungai-sungai ini sememangnya boleh dipulihkan menjadi bersih agar ikan akan dapat membiak kembali dan berbagai-bagai kegiatan riadah dan pelancongan boleh dilaksanakan menggunakan sungai terbabit.

    Jelasnya, segala usaha mungkin akan mengambil masa tetapi sekiranya ada keazaman dan dengan perangan rapi dan dapat pula dilaksanakan dengan betul tanpa pengecualian tentunya sungai-sungai yang terjejas dapat dipulihkan.