Thursday 22 September 2011

Cadangan untuk Menarik Minat Pelajar Mengunjungi Pusat Sumber

No 16,  
Jalan Taman Tun Aminah,  
81300, Skudai,  
Johor.  
 
Pengetua,  
SMK Taman Tun Aminah,  
81300, Skudai,  
Johor.                                                                         4 Ogos 20011  
 
 
Puan,  
 
Cadanagan untuk Menarik Minat Pelajar Mengunjungi Pusat Sumber.  
 
Pusat sumber sekolah kita dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.Walaubagaimanapun, bilagan pelajar yang mengunjungi amat kurang.Oleh,hal yang demikian,saya ingin mengemukakan beberapa cadangan bagi mengatasi masalah tersebut.  
 
2. Pusat sumber sekolah kita sepatutnya terletak di tempat yang mudah dikunjungi oleh murid-murid.Sebaik-baiknya pusat sumber terletak di bahagian bawah sesebuah bangunan.Bangunan tersebut perlu dicat dengan warna yang menarik dan dihasi dengan lukisan moral yang sesuai di bahagian luarnya.Keceriaan fizikal sesebuah pusat sumber merupakan tarikan utama murid-murid untuk melihat isi dan peralatan di dalamnya.  
 
3. Selain itu, guru yang bertugas di pusat sumber perlu menghebahkan perkembangan terkini buku-buku baru dan perkhidmatan yang disediakan kepada murid-murid.Hebahan tersebut dapat dibuat melalui radio sekolah atau saluran yang difikirkan sesuai. Melalui cara tersebut,murid-murid dapat mengetahui maklumat terkini tentang kemudahan di pusat sumber bagi membantu pembelajaran mereka.  
 
4. Kepelbagian bahan sumber juga perlu perlu diberi perhatian.Bahan-bahan yang disediakan harus merangkumi pelbagai aspek kehidupan dan bersesuaian dengan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid-murid.Bahan-bahan yang menarik itu perlu diperbanyak sebagai tarikan kepada murid-murid.  
 
5. Sehubungan dengan itu,pembantu di pusat sumber juga perlu bersikap mesra pengguna.Sikap murni ini akan menjadi daya tarikan kepada murid- murid kerana mereka mudah mendapatkan bantuan jika memerlukannya.Oleh itu, pelantikan pembantu pusat sumber harus mengutamakan ciri-ciri yang murni.  
 
Semoga semua cadangan saya mendapat perhatian daripada pihak tuan.Sekian terima kasih.  
 
 
 
 
 
Yang Benar,  
..........................  
(DHURGHASHINI A/p Munusamy)

No comments:

Post a Comment