Thursday, 22 September 2011

Pencemaran Alam Sekitar

 Pembangunan arus globalisasi tanpa limitasi kini merupakan anjakan yang kian pesat berlaku di negara kita. Namun, kemajuan yang dikecapi hari ini sedikit tercalar impak daripada sikap manusia yang tidak bertanggungjawab. Di manakah peranan kita sebagai ahli masyarakat dalam menangani masalah ini?  
 
     Salah satu cara yang proaktif yang boleh diambil ialah kerajaan seharusnya mengambil inisiatif untuk mengadakan kempen alam sekitar. Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada rakyat untuk bersama-sama menggembleng tenaga untuk memelihara alam sekitar. Contohnya, Kempen Cintailah Sungai Kita sepatutnya diadakan untuk menarik minat rakyat untuk memelihara singai kita. Dengan ini, semua golongan masyarakat akan bangun bersama-sama untuk menjayakan kempen tersebut bagai aur dengan tebing.  
 
     Di samping itu, kerajaan juga harus mengenakan denda yang berat kepada setiap individu yang melakukan pencemaran alam sekitar. Hal ini demikian kerana mereka pasti takut untuk melakukannya lagi kerana sekali kena dua kali jalan tahu. Contohnya, kerajaan perlu menaikkan kadar denda lebih tinggi kepada pihak yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar dengan sewenang-wenangnya. Oleh itu, kerajaan mesti menganbil langkah yang proaktif dengan mengenakan denda yang berat kepada insan yang tidak bertanggungjawab tersebut.  
 
     Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memberi didikan yang sewajarnya dalam segala aspek kepada anak-anak. Ibu bapa seharusnya menjadi uswah hasanah kepada anak-anak. Sebagai contoh, sekiranya ibu bapa sedang berkelah bersama anak-anak, ibu bapa sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dengan mengutip dan membuang semua sampah yang ada selepas berkelah. Sudah menjadi fitarh semulajadi kanak-kanak yang suka mengikut apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebung. Tegasnya, ibu bapa mesti menunjukkan perasaan cinta akan alam sekitar kepada anak-anak kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.  
 
     Kesimpulannya, kita sebagai ahli masyarakat perlulah bangun dan menggembleng tenaga untuk bersama-sama menyahut seruan kerajaan dan bersama-sama memelihara alam sekitar kita sebelum nasi menjadi bubur.  

No comments:

Post a Comment