Thursday, 22 September 2011

MALANG TIDAK BERBAU

Dahulu, aku memang seorang budak yang mendengar arahan kedua orang tuaku. Tetapi setelah memasuki alam remaja, aku mula berubah. Aku menengking ibu bapaku apabila mereka menegur aku.  
                        Oleh kerana telah berkenalan dengan kawan baru di sekolah    menengah aku iaitu Sekolah Menengah Sri Saujana, aku telah berubah banyak. Aku menjadi malas menyiapkan kerja sekolah, selalu pulang lewat, terlewat bangun ke sekolah dan berkenalan dengan budak nakal. Walaupun ibu dan bapaku telah banyak kali menasihatkan aku, nasihat mereka seperti mencurah air ke daun keladi.  
                        Lama-kelamaan, aku mula menjadi gengster di sekolah. Aku dan kawan-kawanku akan membuli budak yang selalu rajin di dalam kelas. Kami akan meminta wang daripada murid Tahap 1. Jika mereka tidak memberi wang, kami akan memukulnya.  
                            Semakin lama, semakin teruk perangaiku. Aku mula berkenalan dengan rokok. Aku sanggup menipu ibu untuk mendapatkan wang untuk membeli rokok.Suatu hari, malang tidak berbau. Semasa kami sedang merokok di dalam tandas,tanpa disedari, perbuatan kami dinampak oleh seorang pengawas.  
                             Dia telah memberitahu kepada guru disiplin. Apabila guru itu masuk ke dalam tandas, kami semua terkejut. Beliau menelefon ibu bapa kami dan memberitahu mereka kejadian yang berlaku. Aku dimarahi oleh ibu dan bapaku kerana telah mengingkari nasihat mereka. Aku berjanji akan mengubah semula sikap seperti dahulu. Walaupun telah empat tahun, peristiwa ini masih tidak dapat aku lupakan.  

No comments:

Post a Comment