Thursday 22 September 2011

kemasukan pelabur - pelabur asing ke negara kita banyak membawa kebaikan kepada negara kita. terangkan kebaikan - kebaikan tersebut.

Dalam usaha membangunkan dan memajukan negara ,kerajaan malaysia menawarkan insentif yang pelbagai untuk menarik pelabur asing ke negara kita. pelaburan asing sangat penting kerana banyak mendatangkan kebaikan kepada negara.                              
        Kemasukan pelabur asing ke negara ini membawa kesan langsung kepada pendapatan kerajaan. Hal ini demikian kerana perolehan dari segi cukai akan meningkat. Walaupun pihak kerajaan terpaksa mengorbankan beberapa jenis cukai, peningkatan hasil cukai masih dapat dinikmati,terutamanya cukai eksport. Peningkatan pendapatan negara akan membolehkan kerajaan menyediakan kemudahan kepada rakyat.  
         Selain itu,pembukaan kawasan - kawasan perindustrian baharu untuk menarik pelabur asing dapat digunakan oleh pihak kerajaan untuk memajukan kawasan luar bandar.Pembinaan kawasan - kawasan perkilangan ini memerlukan pembinaan dan pembaikan    infrastruktur di luar bandar.Kawasan perkilangan    tersebut juga menjadi pusat pertumbuhan sesuatu kawasan.  
                Di samping itu, pembukaan kilang di luar bandar akan  
dapat mengatasi masalah pengangguran di luar bandar.Kilang- kilang yang dibuka oleh pelabur asing akan membuka peluang    pekerjaan yang banyak kepada penduduk setempat. Pendapatan pendudukan akan meningkat dan seterusnya taraf hidup mereka juga akan meningkat.tempatan.  
         Kemasukan pelabur asing juga akan mewujudkan persaingan    dengan usahawan . Persaingan ini diharapkan akan menyebabkan     usahawan tempatan meningkatkan kualiti barangan yang dihasilkan.Selain itu, persaingan juga akan menyebabkan usahawan tempatan meningkatan kecekapan mereka. Dengan itu,     produktiviti dapat ditingkatkan.  
         Tegasnya, pelaburan asing memamg perlu bagi mempercepat    pembangunan ekonomi nagara. Pihak kerajaan dapat mengurangkanbeban dan tanggungjawab memajukan negara dengan adanya pelaburan asing.

No comments:

Post a Comment